Transformasi Dalam Menjana Minda

Friday, September 30, 2011

SALAM PERKENALAN ; MENGORAK LANGKAH KE GERBANG ICT


Assalammualaikum w.b.t., salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Bertemu untuk pertama kalinya di alam siber. Pertamanya, dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), saya  merasakan kita bahang ledakan angit terbuka,. Cikgu merasakan gelombang siber ini perlu dieksploitasi semaksmimumnya untuk berkongsi sesuatu. Sekiranya kita tidak bersedia, gelombang ini juga akan merempuh kita akhirnya. Justeru itu, cikgu cuba memanfaatkan kebaikan alam siber ini dengan menghasilkan blog.
            Inilah bukanlah blog pertama saya. Sudah ada beberapa blog yang diterbitkan untuk menyuarakan pandangan dalam perspektif tertentu seperti politik, sosial dan sebagainya. Antara yang telah cikgu hasilkan ialah blog Unit Sukan SMK Semerah untuk melaporkan perkembangan, pembangunan dan berita mengenai hal sukan di SMK Semerah. Cikgu juga menghasilkan blog Kelab Sofbol untuk melaporkan aktiviti-aktiviti kelab dan pasukan sofbol SMK Semerah dan blog Sumpah Semerah Padi untuk memberikan pandangan dalam konteks politik negara.
Jadi ini adalah blog keempat yang cikgu hasilkan. Harapan saya dengan adanya blog ini, cikgu dapat berkongsi beberapa pandangan mengikut perspektif perguruan. Kepada semua pengunjung, cikgu  mengucapkan terima kasih atas kesudian para pengunjung melayari sesawang blog ini. Blog ini akan memaparkan apa sahaja aktiviti yang cikgu lakukan, sumbangsaran idea dan perkembangan semasa. Moga anda boleh memberi komen dan idea dalam meningkatkan kualiti blog ini. Terima kasih.